P Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi
dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya: Vitamin C dan E
yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan
pencegahan dan anti penuaan.
P Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah
yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan
buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan
pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.
P Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan,
penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba
semasa dimasak.
P Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alcohol,
minuman keras dan antibiotic boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan
diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula dan garam dapat mengurangkan
simpanan zat makanan di dalam tubuh.
P Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta
tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.
P Gaya hidup dan trend masakini dengan kehidupan yang
sibuk,jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi
kandungan MSG.
P Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya diluar
dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang
tidak dititikberatkan.

No comments:
Post a Comment