March 20, 2013

OMEGA GUARD

Selamat malam semua.. Hari ni nak kongsi cerita pasal OMEGA GUARD lak.


Omega Guard Shaklee dihasilkan menerusi kaedah teknologi terkini iaitu ultratulen bergred farmaseutikal. Maksudnya ialah, Omega Guard ini melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul yang dapat memekatkan asid lemak Omega3 paling tulen.

Teknologi ini dapat menyingkirkan bahan-bahan berbahaya yang terdapat dalam ikan seperti plumbum, arsenic, merkuri dll. Kebanyakan jenama lain hanyalah menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan. Kaedah ini bukan hanya memusnahkan sesetengah nutrient, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang boleh membahayakan kesihatan seperti plumbum, merkuri dsbg.

( Tapi tidak semua pengeluar minyak ikan menggunakan penyulingan proprietari tiga molekul, jika ada pun hanya penyulingan 1 atau 2 kali sahaja. Kerana proses penyulingan  proprietari tiga molekul ni merupakan satu proses yang mahal untuk dilakukan. Shaklee sahaja yang melalui proses penyulingan 3x sebab mereka nak beri yang terbaik kepada pengguna & pembeli2. Sebab tu walaupun harganya sedikit mahal, tetapi setanding dengan kualiti yang diberikan & harga masih dalam lingkungan mampu milik lagi.)

Selain itu, Omega Guard Shaklee ini tidak diekstrak dari minyak hati ikan kerana jika anda semua tahu, dihati kandungan toksik adalah sangat tinggi.

Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk seperti mackerel, herring,sardine & anchovies. Shaklee menggunakan ikan yang tahap merkurinya yang paling rendah. Dan kajian juga menunjukkan bahawa ikan air laut sejuk mengandungi asid lemak yang tidak tepu yang sangat tinggi berbanding dengan ikan lain.

Minyak ikan Shaklee juga lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega3  perlu oleh badan iaitu DHA, EPA, HPA, ETA, SDA dan DPA. Badan kita tidak mampu untuk menghasilkan asid lemak perlu ini untuk proses metabolisma. Jadi kena dapatkan dari sumber makanan dan supplement EPA.

Satu sajian Omega Guard Shaklee ( 3 kapsul sehari ) dapat membekalkan 900mg asid lemak omega3 yang perlu, EPA dan DHA. Omega Guard Shaklee mengandungi EPA & DHA yang tertinggi berbanding jenama lain.



Fungsi EPA :


  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mencegah pembekuan lemah dalam darah
  • Mencegah kadar kolestrol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Mencegah tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi


Fungsi DHA :


  • Mencegah asma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah alergi
  • Mengelakkan kanser payudara, kanser prostat
  • Mengelakkan migraine, rasa kebas pada anggota badan
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki & tangan






Oleh itu, Omega Guard ini digalakkan pengambilannya setiap hari kerana badan kita tidak mampu untuk menghasilkan asid lemak omega3 yang perlu untuk badan kita untuk otak, alahan, asma, sendi, jantung, kawal berat & untuk sesiapa yang ingin kan kulit yang cantik. Semuanya cukup dalam 1 produk. So, xrugi kalau kita ambil Omega Guard ni.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.




March 14, 2013

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Anak Demam, Selsema & Batuk?

Assalamualaikum.. Malam ni saya nak kongsikan sikit info yang baru saya dapat tadi berkenaan dengan jika anak demam, selsema & batuk. Apa yang perlu kita lakukan? Jom kita baca..




  • Jika anak anda demam, pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun. Kenapa? Sebab dalam Sains pun ada juga topik "Kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam masa beberapa minit?" Ini kerana, haba panas itu akan bergerak keluar untuk mencari kawasan yang sejuk. Keadaan ini sama juga dengan suhu badan yang panas tadi.



  • Bila anak anda selsema, kita tetap perlu mandikan mereka 3 kali sehari supaya bila lepas mandi, lendir itu dapat keluar dengan mudah. Namun sayangnya, ramai ibu-ibu hari ini ingat jika anak mereka selsema, anak tu sejuk..so tak perlu mandikan. Apabila keadaan ini berlaku, anak itu akan mudah berkahak hingga boleh menyebabkan mereka sesak nafas.



  • Kalau mereka batuk pula, kita tetap mandikan mereka 3 kali sehari juga. Sebabnya, orang cakap batuk ni jadi sebab panas. So, kita mandikan mereka supaya panas badan tu keluar. Sama macam demam tadi. Tapi, bila masanya untuk tidur malam, pastikan anda menyapu minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak di antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya akan cepat beransur baik. Jika minyak yang digunakan terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut padan badan anak kita. (Tips dari Doktor Fairuz : bila kahak anak longgar, tepuk belakang anak setiap kali dia batuk supaya dia muntah & lendir tu dapat keluar.)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Waktu mandi yang sesuai untuk anak anda ialah jam 8 pagi, selepas Zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika anda terpaksa mandikan anak anda selepas jam 7 malam, mandikan mereka dengan air suam & sapulah minyak telon selepas mandi supaya dada anak anda tidak mudah sejuk & diserang selsema.

Biasakan selepas setiap kali mandi, sapu minyak panas sikit pada umbun2 anak, belakang telinga, tapak tangan, dada dan belakang dada serta bahagian betis dan tapak kaki. Ini dapat membantu melancarkan peredaran darah anak secara tidak langsung.

March 12, 2013

KENAPA KITA PERLU MINUM AIR SEBANYAK 3 LITER SEHARI?


Tahukah anda bahawa mereka yang mengambil supplement terutamanya supplement dari Shaklee ini, PERLU minum air dalam kuantiti yang banyak. Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari.




KENAPA KITA PERLU MINUM AIR SEBANYAK 3 LITER?

Ini adalah kerana:
  1. Supplement semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh dan memperbaiki sel-sel yang telah rosak. Air pula amat diperlukan dalam proses ini kerana untuk mengelakkan berlakunya ‘healing crisis’.
  2. Kandungan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air boleh menyebabkan darah menjadi pekat. Ini dapat diumpamakan mengacau sesenduk gula didalam sebiji cawan yang kecil. Sudah pasti gula tidak dapat dilarutkan sepenuhnya di dalam sebiji cawan yang kecil dengan air yang sedikit. Gula memerlukan air yang banyak di dalam ruang yang lebih besar untuk mempermudahkannya larut. Oleh itu kita memerlukan lebih banyak air untuk melarutkan supplement yang kita ambil itu.
  3. Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi iaitu seperti buah-buahan dimana tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air yang mencukupi. Tahap kepekatan nutrient dalam sebiji buah adalah jauh lebih rendah berbanding dengan sebiji pil vitamin. Cuba anda bayangkan sebiji Vita-C 500mg Sustained Released bersamaan dengan 7 biji oren. Adakah anda mampu untuk mengambil 7 biji oren dalam masa yang sama atau dalam sehari? Berapa bayak pula air yang terkandung dalam 7 biji oren itu?

Oleh itu, anda perlulah menambah kadar pengambilan air melebihi dari kadar biasa bila anda mengambil supplement Shaklee. Tetapi, sekiranya anda tidak mengambil sebarang supplement, anda tidak digalakkan untuk mengambil air dengan kadar tersebut kerana dikhuatiri boleh mencairkan nutrient yang ada di dalam tubuh anda. Dalam keadaan tertentu, air yang berlebihan mampu untuk mengurangkan suhu badan.



Bermasker dengan ESP

Selamat malam.. Dah malam-malam macam ni baru lah ingat nak cerita pasal ESP lagi. Tapi kali ni nak share pasal BERMASKER dengan ESP. Jom kita tengok apa yang boleh kita campur dengan ESP untuk dijadikan masker muka & apa kesannya.




  • ESP + Plain yogurt  =  Mengurangkan sunburn & mencerahkan kulit muka
  • ESP + Vita-E + Air  =  Meratakan warna kulit & mengecilkan liang roma
  • ESP + Collagen Powder + Air  =  Mencerahkan & menegangkan kulit muka


  • ESP + Alfalfa + Air  =  Mengurangkan kulit berminyak & mengecutkan jerawat
  • ESP + Zinc + Air  =  Menghilangkan parut hitam / bekas jerawat

Ni antara bahan yang kita boleh gunakan untuk membuat masker dengan ESP. Tapi korang semua kena ingat, kalau kita nak bermasker ni kenalah sekurang-kurangnya 20 minit supaya nutrien yang ada dalam masker tu sempat nak diserap oleh kulit kita. Kalau tak rugilah kita nanti..

Kalau nak bancuh masker ni jangan lah terlalu cair & jangan pula terlalu pekat. Sedang-sedang je. Korang semua tahu tak kenapa kita gunakan air untuk bancuh ni? Sebabnya AIR ni bukan sahaja berfungsi untuk sebatikan bahan tadi malah AIR mampu menolong penyerapan nutrien oleh sel-sel kulit dengan lebih cepat. Tapi jangan lah korang ingat sekali pakai je muka dah boleh jadi macam yang dinyatakan. Kekerapan bermasker tu berbeza bagi setiap individu & masalah kulit. Kalau kulit bermasalah, pakai sekali dua belum boleh nampak hasilnya lagi. So kenalah rajin sikit. Ha..jangan lupa pula tau, kalau nak bermasker ni kena baring untuk mendapatkan kesan yang lebih tegang pada kulit. Jangan pula dah pakai masker, gi dok berborak lak. Time tu jangan salahkan saya pula nape muka kedut-kedut..hehe.. Lagi satu,kalau ada sesiapa nak buat scrub pon boleh la cuba buat ni.

Ambil 1 - 2 biji Zinc. Pastu tambahkan AIR. Kemudian biarkan sebentar sampai kembang. Dah kembang baru lah masukkan ESP pula.

Selamat mencuba wahai si CHANTEK semua.. :)

March 8, 2013

OSTEMATRIX

Selamat malam..Alhamdulillah..Hari ni baru ada masa nak bercerita lagi..Sejak balik kg ni memang x terurus jadual harian..ngee..



Ok, tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.


Membantu Mengurangkan Risiko Osteoporosis

Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Selain dari dapat membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam Ostematrix mampu :
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
  • Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.


Ostematrix Membekalkan :
  • 1000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi.
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU ( 100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium


Kaplet bersalut yang mudah ditelan
  • Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet. Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.


Siapa yang Perlukan Ostematrix Shaklee?
  1. Ibu yang mengandung
  2. Ibu yang menyusukan anak
  3. Mereka yang alah dengan produk tenusu lain seperti susu lembu.
  4. Mereka yang selalu mengalami masalah sakit kaki,sendi,sakit di bahagian tulang belakang,sejuk badan,rasa bisa di tapak kaki,kebas atau terasa kaki seperti dicucuk dengan jarum
  5. Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih atau sukar untuk bangun tidur
  6. Sakit kepala yang teruk & berhari-hari
  7. Mereka yang menjalani fisioterapi
  8. Mereka yang mempunyai masalah rekahan tumit kaki
  9. Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil tahan sakit setiap kali datang haid
  10. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah
  11. Ibu hamil / sesiapa yang mempunyai masalah sembelit, sukar untuk membuang.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Saya dah cerita serba sedikit pasal Ostematrix dari Shaklee ni.. Mesti anda berminatkan? Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.


Salam mesra :)




March 2, 2013

Bermasalah dengan PERIOD? HORMON? SUKAR HAMIL?

Salam sejahtera dan selamat malam semua.. Alahai, dah nak habis dah sehari untuk hari ni barulah teringat yang kita dah masuk bulan MAC..


Baiklah.. Cerita pasal wanita ni, banyak masalah yang kerap wanita alami. Period tak teratur? Gangguan hormon? Setiap bulan pening kepala memikirkan adakah kita akan didatangi 'kawan baik' kita? Disebabkan gangguan ini lah kadangkala bole menyebabkan kesukaran untuk kita mengandung.


Irregular period atau kitaran haid yang tidak teratur adalah antara masalah yang tidak boleh pandang remeh jika anda mempunyai niat untuk menimang cahaya mata. Anda perlu mempunyai kitaran haid yang teratur kerana ovulasi berlaku semasa kitaran haid iaitu pada hari ke 14 dari hari pertama kedatangan darah haid. Jika anda tidak mempunyai darah haid, bermakna badan anda tidak mengeluarkan ovum atau telur untuk persenyawaan dengan sperma. Kitaran haid yang teratur setiap bulan memudahkan untuk anda mengetahui waktu subur dan merancang untuk mendapatkan anak.

Tetapi, bagaimana? Jawapannya ialah GLA Complex kerana membantu menyelesaikan masalah kitaran haid tidak teratur. Ramai yang sudah berpuas hati. Anda bila lagi??


Apa keistimewaan GLA Complex Shaklee berbanding Evening Primerose Oil (EPO) jenama lain?

EPO diambil daripada bunga evening primerose (EP). Benih bunga liar EP, mengandungi sehingga 25% asid lemak penting termasuk Linolenic Acid (LA) dan Gamma-Linolenic Acid (GLA). Asid lemak sangat mempunyai banyak fungsi dan sangat penting kepada tubuh kita terutamanya wanita. EPO supplement perlu mempunyai sekurang-kurangnya 8% GLA complex.


Peringatan : EPO tidak boleh diambil semasa kedatangan haid.
GLA Complex boleh diambil semasa kedatangan haid.

* Jika anda mengambil warfarin atau ubat mencairkan darah, elakkan dari mengambil GLA.

Kesimpulannya : Di dalam EPo terdapat 25% GLA dan GLA Complex Shaklee memberikan anda 100% GLA. Maka, sudah jelas yang pengambilan GLA Complex SHaklee adalah lebih baik berbanding EPO.


March 1, 2013

Kelebihan GLA COMPLEX SHAKLEE

Salam..entri kali ni saya nak share pasal kebaikan GLA Complex Shaklee.
Seperti yang anda semua tahu, Evening Primerose Oil (EPO) dah semestinya sinonim dengan wanita. EPO ini dikatakan sangat baik untuk hormon & kulit. Ini menjadikan tumbuhan yang berasal dari Amerika Tengah ini semakin berkembang dan lebih dikenali di seluruh dunia. Shaklee tidak mengeluarkan supplement dengan nama EPO, tapi dengan sesuatu yang lebih baik iaitu GLA Complex. Kalau sapa yang nak kulit tu GLOWING, amik la GLA Complex. GLA Complex pon bagus untuk skin texture & repair.

APA TU GLA?

Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primerose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linolenik (LA) dan asid gamma linolenik (GLA). Kandungan EPO yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian dan kajian tidak terhenti begitu sahaja. Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primerose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan.

Asid-asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak politaktepu uang penting untuk fungsi tubuh. Ia diperlukan untuk menukarkan linolenic acid kepada GLA. Jadi, Shaklee memudahkan anda. Shaklee telah mengekstrakkan GLA daripada EPO untuk terus digunakan oleh badan anda. GLA juga merupakan bahan binaan bagi prostaglandin.



APA PULA PROSTAGLANDIN?

Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah.

Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga primerose, iaitu dalam bentuk supplement merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.



KELEBIHAN & KHASIAT GLA COMPLEX SHAKLEE

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
  • Membantu meningkatkan kesuburan (bagus untuk mereka yang ingin hamil).
  • Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome).
  • Membantu dalam menangani menapus.
  • Menguatkan kuku dan rambut.
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri.
  • Membantu dalam menangani enzema.
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid.
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
  • Menguatkan imuniti tubuh.
  • Memperlahankan proses penuaan.
  • Mengurangkan 'blood-clot' yang boleh menyebabkan serangan jantung.
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi.
  • Mengawal kolesterol.
  • Untuk fungsi saraf.
  • Membantu membaiki simptom berkaitan masalh kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan.
  • Kajian membuktikan pengambilan 480mg setiap hari GLA boleh mencegah kemerosotan dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolesterol.


SIAPA YANG PERLUKAN GLA COMPLEX?

  • Diabetes.
  • period yang tidak teratur.
  • Mencantikkan kulit (jeragat, jerawat, parut-parut jerawat, kulit sensitif dll).
  • Meningkatkan kesuburan (bagi yang ingin hamil).

Haa...bestkan GLA Complex dari Shaklee ni.. Apa lagi,jom lah grab sebelum habis stok seperti yang lain. Nanti rugi..


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


GLA COMPLEX



GLA, Vitamin E, dan Minyak Benih Bunga Matahari

GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi Vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

  • Menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid.
  • Menyokong sistem imun.
  • Minyak Borage, yang mengandungi GLA semulajadi yang sangat pekat dalam bentuk yang dengan mudah terserap.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Labels

24k gold mask 2be gorgeous 2be gorgeous murah 3p coffee 3p murah 7 days whitening agen sah kajang air kelapa al-razi alfalfa almond choc chip almond cookies amma murah amma soap angin badan anjal antioksidan antipenuaan aura babies aura sakura murah aurora B Complex babies blink babies blink gold babies blink murah babies blink skincare babies slim expert garcinia bakar lemak bangi barah bayi bebas minyak berat badan berkesan bermasalah bersalin biskut lidah kucing biskut raya biskut raya murah blackhead botanical buasir butter cookies butterscotch bvr collagen bvr scrub bvrc cantik cerah cheese cheras cod collagen powder crunchy caramel detox diabetes eczema elsa pinky elsa pinky foundation elsa pinky perfect cream ephyra ephyra collagen ephyra original eyebag fazz beauty foundation foundation terbaik fruitamin murah fruitamin soap gastrik gebu GLA gold mask murah hamil herba ibu menyusu imsonia irish perla jamu young gold jantung jeragat jerawat johor k-colly k-colly murah k-colly original kafein kajang kapsul kapsul mutiara kapsul perla kedut kerak kepala kluang kolestrol kuih kapit kuih raya kulit bermasalah kulit berminyak kulit gelap kulit halus kulit kering kulit putih kurus kusam L'arome lafia care gold lafia murah lecithin lekuk lentik letih liang pori lidah kucing lolly pink lulus kkm lyanaz lyanaz beauty masalah miss V mata Mealshake memutih memutihkan kulit menarik mencerahkan mengandung mengawal minyak mengawal selera mengurangkan kedutan milkbooster mini pretzels montok mulut berbau murah nabiah beauty nabiah murah nikko murah Nikko placenta omega guard oreo original pantang parut payudara peel off mask peha gelap pelangsing pemutih penat perapat perfect lady perla chocolate perla coffee perla dust perla exclusive perla murah perla potion perut kempis pibamy gold mask pinggul popiah postage pretzel putih putih gebu putrajaya rahim rahsia keintiman wanita rainbow cookies rainbow cookies flower rambut gugur red bella sabun mandi sabun pemutih sakit jantung sakit kepala scrub secret plus secret plus malaysia secret plus murah selamat selulit sendi set jeragat set jerawat set normal shah alam Shaklee sistem badan slimming slimrich slimrich murah SOHO strawberry sukar tidur supplement suppliment T&C tegang terma dan syarat three p coffee vitamin c vitamin kuku vitamin kuku murah vitamin kuku OPI vivix whitehead Zinc