Selamat petang
semua... Aduhai la.. Panas sungguh cuaca sekarang ni.. Berjerebu lak tu...
Ramai yang sakit termasuk la saya & anak.. Dapat air kelapa ni bes ni...
heee.. Jombaca kelebihan air kelapa muda..
TAHUKAH ANDA, air kelapa muda bersifat disteril secara
semulajadi dan mempunyai unsur elektrolit yang tinggi??
TAHUKAH ANDA, amalan meminum air kelapa muda dapat membantu
dalam memperbaiki tekanan darah & juga fungsi jantung?
ANTARA KHASIAT AIR KELAPA MUDA BAGI IBU YANG SEDANG HAMIL :
- MINUMAN ISOTONIK ALAMI
Minuman
Isotonik alami membantu pengisian cecair
dan garam alami yang dilepaskan dari tubuh. Disebabkan air kelapa muda ni kaya
dengan mineral seperti yang disebut diatas, ianya dapat membantu dalam proses
rehidrasi badan dan memulihkan stamina tubuh badan. Ibu hamil memerlukan lebih
banyak air berbanding wanita biasa dalam kehidupan seharian. Mereka yang
mengalami dehidrasi akan mengalami komplikasi seperti sakit kepala, krem,
mahupun berlakunya kontraksi yang boleh menyebabkan kehamilan pra matang.
- MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN TUBUH
Acid
Lauric yang terkandung dalam air kelapa memiliki sifat anti-bakteria dan
anti-virus yang dapat melindungi tubuh daripada pelbagai jangkitan dan
meningkatkan sistem pertahanan tubuh wanita hamil. Ibu hamil amat digalakkan
meminum air kelapa muda untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan dan
dapat mengelakkan dari jangkitan selsema mahupun penyakit berjangkit yang lain.
- MEMBANTU MENCEGAH SEMBELIT
Semasa
tempoh kehamilan, hormon progestron melambatkan kontraksi otak lambung yang
akan menyebabkan gangguan pada proses pencernaan. Air kelapa mampu membersihkan
usus dan sistem pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembeli. Air kelapa
juga mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh badan &
membantu untuk menurunkan suhu badan tinggi yang kebiasaannya berlaku kepada
ibu yang sedang hamil. Ini sekaligus meningkatkan fungsi usus dan sistem
pencernaan.
- MENCEGAH DARIPADA KELUHAN “HEARTBURN”
Keluhan
heartburn merupakan salah satu keluhan yang sering dialami oleh ibu hamil. Rasa
seperti terbakar dan panas di dada ini tentu sangat mengganggu. Sifat air
kelapa muda yang mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel
tubuh, membantu membaiki simptom-simptom heartburn ke tahap yang lebih selesa.
- MENCEGAH KEKEJANGAN
Wanita
yang sedang mengandung dan kekurangan kalium seringkali mengalami masalah krem
kaki. Ibu hamil dinasihatkan mengambil4.7mg zat kalium. Amalan meminum air
kelapa muda semasa hamil dapat membantu melengkapkan keperluan zat kalium
sekaligus dapat mengelakkan masalah kekejangan/ krem pada kaki.
- MEMBANTU MENGURANGKAN MASALAH “MORNING SICKNESS”
Antara
khasiat air kelapa, mampu mengurangkan rasa mual, pening da muntah yang
biasanya terjadi kepada wanita hamil pada usia awal trimester kandungan.
- PENAWAR RACUN
Air
kelapa muda mengandungi acid lauric yang berperanan sebagai agen untuk melawan
penyakit. Acid lauric ini juga terkandung dalam susu ibu ini mampu meningkatkan
sistem imunisasi badan, mengurangkan risiko diabetes, kanser HIV yang mungkin
terjadi kepada ibu mahupun bayi dalam kandungan.
- MENINGKATKAN HDL
Air
kelapa muda tidak mengandungi lemak & kolestrol. Menurut kejian, air kelapa
muda mampu meningkatkan kolestrol baik iaitu HDL (HighDensity Lipoprotein)
dalam sistem tubuh.
Bagi
ibu yang ingin memiliki bayi yang mempunyai kulit bersih & mulus, bolehlah
mengamalkan meminum air kelapa muda ketika kandungan memasuki trimester ketiga.
Amalkan meminum air kelapa seminggu sekali. Air kelapa dikatakan mempunyai
khasiat untuk membersihkan kulit bayi. Dengan itu, apabila bayi dilahirkan, dia
akan memiliki kulit bersih tanpa kesan yang biasa dialami oleh bayi lain yang
baru lahir. Insyaallah sepanjang usia bayinya, anak akan jarang menghadapi
masalah berkaitan kulit seperti enzema.

No comments:
Post a Comment