Kita sering mendengar soalan seperti
"Kenapa kepala bayi saya comot dan seperti berkelemumur? Macam mana nak
hilangkan?" Hampir kesemua daripada ummi & babah yang berhadapan
dengan situasi begini.
Sekiranya anda melihat kulit kepala
bayi berkerak dan adakalanya kelihatan seperti kelemumur, tebal, berminyak,
kerak bertompok kecoklatan, ia adalah cradle cap atau kulit berkerak.
Pakar perubatan memanggilnya sebagai
infantile seborrheic dermatitis, dan ia adalah perkara biasa di kalangan bayi.
Sementara itu di kalangan orang Melayu, masalah ini dikenali sebagai sawan.
Kulit kepala berkerak kerap berlaku
pada beberapa bulan awal usia bayi dan biasanya akan hilang dengan sendiri
kira-kira enam ke 12 bulan usianya – walaupun ada sesetengah kanak-kanak akan menghidapnya dalam jangka
masa panjang.
Jika anda perasan, keadaan yang sama
berlaku di sekitar telinga, kening bayi, kelopak mata atau ketiaknya juga.
APA PUNCA TERJADINYA KERAK?
Puncanya masih tidak diketahui lagi secara
spesifik. Tetapi ini bukan disebabkan oleh tahap kebersihan yang teruk atau
alahan.
Mungkin sesetengah ibu bapa bimbang
melihat keadaan bayi mereka kerana ditakuti boleh membawa penyakit lain yang
lebih serius.
Sesetengah pakar percaya hormon yang
diterima oleh bayi daripada ibu di akhir kehamilan menyebabkan rangsangan lebih penghasilan
kelenjar minyak (seborrheic) oleh bayi, menyebabkan berlaku kerak kepala.
Kerengsaan daripada yis yang membesar
dalam sebum (bahan dihasilkan oleh kelenjar) juga dikatakan punca berlakunya
masalah kerak. Kerak kepala tidak berjangkit tetapi ia mungkin menyebabkan
sedikit kegatalan kepada bayi.
BAGAIMANA UNTUK MERAWATNYA?
Sebenarnya anda tidak perlu membuat
apa-apa, tetapi jika rasa terganggu, berikut beberapa cara yang boleh dicuba:
R Urut
perlahan-lahan kulit kepala bayi dengan jari anda atau berus yang lembut untuk
melonggarkan kerak tersebut.
R Syampu
rambut bayi lebih kerap (setiap hari), tetapi pastikan dibilas dengan betul.
R Selepas
syampu, berus perlahan-lahan kulit kepala bayi dengan berus lembut atau tuala
lembut.
R Ada
ibu bapa yang berjaya menanggalkan kerak dengan kaedah bersyampu tetapi jika
kerak jenis yang degil, anda boleh cuba menyapu minyak bayi.
R Guna
minyak bayi jenis almond atau minyak zaitun. Sapukan pada kulit kepala bayi.
Biarkan lebih kurang 15 minit. Kemudian, perlahan-lahan sikat kepingan
menggunakan sikat gigi atau berus lembut.
R Pastikan
ia diikuti dengan membersihkan kulit kepala bayi dengan syampu bayi yang
lembut.
R Anda
boleh juga biarkan sapuan minyak tersebut dikepalanya bagi membolehkan pori
tersumbat dan menyebabkan kepingan tertanggal.
PERLUKAH BERJUMPA DENGAN DOKTOR?
PERLU jika keadaan kerak di kepalanya
bertambah teruk, terdapat pendarahan atau tersebar melebihi kulit kepala bayi. Doktor mungkin mencadangkan
preskripsi syampu kelemumur atau jika kulit kepala semakin teruk, ubat krim
kortison dicadangkan. Sekiranya, jangkitan yis menjadi
punca masalah, doktor akan mencadangkan penggunakan ubat anti kulat.

No comments:
Post a Comment