- Jika anak anda demam, pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun. Kenapa? Sebab dalam Sains pun ada juga topik "Kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam masa beberapa minit?" Ini kerana, haba panas itu akan bergerak keluar untuk mencari kawasan yang sejuk. Keadaan ini sama juga dengan suhu badan yang panas tadi.
- Bila anak anda selsema, kita tetap perlu mandikan mereka 3 kali sehari supaya bila lepas mandi, lendir itu dapat keluar dengan mudah. Namun sayangnya, ramai ibu-ibu hari ini ingat jika anak mereka selsema, anak tu sejuk..so tak perlu mandikan. Apabila keadaan ini berlaku, anak itu akan mudah berkahak hingga boleh menyebabkan mereka sesak nafas.
- Kalau mereka batuk pula, kita tetap mandikan mereka 3 kali sehari juga. Sebabnya, orang cakap batuk ni jadi sebab panas. So, kita mandikan mereka supaya panas badan tu keluar. Sama macam demam tadi. Tapi, bila masanya untuk tidur malam, pastikan anda menyapu minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak di antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya akan cepat beransur baik. Jika minyak yang digunakan terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut padan badan anak kita. (Tips dari Doktor Fairuz : bila kahak anak longgar, tepuk belakang anak setiap kali dia batuk supaya dia muntah & lendir tu dapat keluar.)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Waktu mandi yang sesuai untuk anak anda ialah jam 8 pagi, selepas Zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika anda terpaksa mandikan anak anda selepas jam 7 malam, mandikan mereka dengan air suam & sapulah minyak telon selepas mandi supaya dada anak anda tidak mudah sejuk & diserang selsema.
Biasakan selepas setiap kali mandi, sapu minyak panas sikit pada umbun2 anak, belakang telinga, tapak tangan, dada dan belakang dada serta bahagian betis dan tapak kaki. Ini dapat membantu melancarkan peredaran darah anak secara tidak langsung.



No comments:
Post a Comment