- ESP + Plain yogurt = Mengurangkan sunburn & mencerahkan kulit muka
- ESP + Vita-E + Air = Meratakan warna kulit & mengecilkan liang roma
- ESP + Collagen Powder + Air = Mencerahkan & menegangkan kulit muka
- ESP + Alfalfa + Air = Mengurangkan kulit berminyak & mengecutkan jerawat
- ESP + Zinc + Air = Menghilangkan parut hitam / bekas jerawat
Ni antara bahan yang kita boleh gunakan untuk membuat masker dengan ESP. Tapi korang semua kena ingat, kalau kita nak bermasker ni kenalah sekurang-kurangnya 20 minit supaya nutrien yang ada dalam masker tu sempat nak diserap oleh kulit kita. Kalau tak rugilah kita nanti..
Kalau nak bancuh masker ni jangan lah terlalu cair & jangan pula terlalu pekat. Sedang-sedang je. Korang semua tahu tak kenapa kita gunakan air untuk bancuh ni? Sebabnya AIR ni bukan sahaja berfungsi untuk sebatikan bahan tadi malah AIR mampu menolong penyerapan nutrien oleh sel-sel kulit dengan lebih cepat. Tapi jangan lah korang ingat sekali pakai je muka dah boleh jadi macam yang dinyatakan. Kekerapan bermasker tu berbeza bagi setiap individu & masalah kulit. Kalau kulit bermasalah, pakai sekali dua belum boleh nampak hasilnya lagi. So kenalah rajin sikit. Ha..jangan lupa pula tau, kalau nak bermasker ni kena baring untuk mendapatkan kesan yang lebih tegang pada kulit. Jangan pula dah pakai masker, gi dok berborak lak. Time tu jangan salahkan saya pula nape muka kedut-kedut..hehe.. Lagi satu,kalau ada sesiapa nak buat scrub pon boleh la cuba buat ni.
Ambil 1 - 2 biji Zinc. Pastu tambahkan AIR. Kemudian biarkan sebentar sampai kembang. Dah kembang baru lah masukkan ESP pula.
Selamat mencuba wahai si CHANTEK semua.. :)


No comments:
Post a Comment