Sakit kepala
seringkali mengganggu aktiviti kita. Pelbagai usaha untuk mengatasi sakit atau
pening kepala. Antaranya dengan cara pengambilan ubat-ubatan atau dengan cara
mengurut kepala. Namun sebenarnya ada cara tradisional untuk mengatasi rasa
sakit kepala itu.
Berikut adalah cara
mengatasi sakit kepala secara semulajadi atau tradisional:
P Minum air putih atau air kosong.
- Sakit kepala sering dikaitkan dengan kekurangan air dalam badan. Ini kerana di saat anda kepanasan atau terdedah dengan cuaca yang panas, anda kehilangan kandungan air dalam badan dengan banyak sekali dan disertai dengan sakit kepala. Oleh itu,segeralah mengambil air putih. Duduk sebentar, kemudian minum air putih dengan perlahan. Jika boleh jangan lakukan banyak gerakan hingga sakit kepala anda hilang. Air putih memang banyak manfaatnya. Biasakan diri anda mengambil air putih sekurang-kurang nya 8 gelas sehari agar badan anda sihat dan tentunya terhindar dari kekurangan cecair atau terhidrat. Jika anda mengamalkan pengambilan supplemen, maka pengambilan air hendak lah sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
P Menjauhi dari komputer.
- Radiasi komputer juga boleh menyebabkan kita sakit kepala. Perkara tersebut biasanya berlaku pada anda yang menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer. Cubalah matikan monitor komputer anda dan keluar untuk mengambil udara segar. Namun jika anda yang mempunyai pekerjaan yang memerlukan anda untuk berhadapan dengan komputer, perkara ini mungkin sukar untuk dilakukan dan tidak dapat dielakkan. Jika ini berlaku, usahakan setiap 1 jam sekali untuk melihat pemandangan luar atau melihat sesuatu yang berwarna hijau agar mata anda dapat berehat sebentar dari tekanan.
P Tarik nafas perlahan.
- Tarik nafas perlahan-lahan sambil pejamkan mata anda. Memejamkan mata dapat membantu untuk meredakan ketegangan otot mata anda yang menimbulkan rasa sakit kepala. Cara ini amat berkesan.
P Minum secawan teh pekat.
- Tambahkan perisa air lemon atau limau nipis. Semasa masih hangat, minum perlahan. Ini berguna untuk meredakan sakit kepala anda.
P Cuba mengambil sup panas.
- Setelah mengambil sup panas, cubalah untuk tidur dalam suasana tenang atau tenteram.
P Berendam di dalam air hangat
- Berendam di dalam air hangat juga membantu dalam meredakan sakit kepala.
P Gunakan jari telunjuk dan ibu
jari.
- Gunakan jari telunjuk dan ibu jari untuk menekan secara perlahan batang hidung anda. Lakukan juga urutan pada pelipis secara bergantian. Tapi ingat, jangan tekan terlalu kuat.
P Padatkan kepala, Ambil kain lembut
atau tuala kecil, kemudian basahkan dengan air bersuhu dingin. Letak di kepala
& bahagian tengkuk. Cara ini dapat membantu.
P Kawal amalan pemakanan.
- Alahan pemakanan dan minuman tidak dinafikan yang menjadi punca sakit kepala anda semakin teruk. Contohnya seperti makanan yang menggunakan perasa masakan serta minuman yang mengandungi kafein dan juga makanan daripada jenis berbakar atau salai seperti satay, BBQ dan sebagainya.
Cara di atas ini
adalah antara amalan tradisional yang kerap digunakan oleh masyarakat kita sejak turun
temurun dimana dapat membantu dalam mengurangkan sakit kepala anda. Masih
banyak lagi cara yang boleh mengatasi atau menghilangkan sakit kepala secara
semulajadi, tetapi ada yang lebih rela menggunakan jalan mudah untuk
menggunakan ubat-ubatan. Pengambilan ubat yang mengandungi bahan kimia memang
mujarab, tetapi jika pengambilan dos yang tinggi, boleh
menyebabkan kekebalan pada penyakit tertentu. Ini dapat memberi kesan buruk
pada anda di kemudian hari.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk menggantikan ubat-ubatan yang mengandungi bahan kimia itu, adalah lebih
baik jika kita gantikannya dengan pengambilan B Complex dari Shaklee. Ia nya
semulajadi & selamat serta berkesan. Selain itu B Complex Shaklee juga
dapat membantu dalam memberi tenaga kepada anda. Insyaallah.. Jom cuba
supplement Shaklee hari ini.. Saya sudah, anda bila lagi?


No comments:
Post a Comment