TIPS 1:
JANGAN sesekali dan jika boleh elakkan merokok. Mungkin memang amat jarang kita lihat wanita merokok. Akan tetapi bagi kaum suami ianya adalah suatu kebiasaan. Menurut kajian sains, saintis telah mendapati kandungan rokok serta asap rokok boleh membunuh sel-sel sperma. Mungkin jika suami anda adalah seorang perokok tegar, ini mungkin menjadi punca anda sukar hamil sebagai seorang isteri. Oleh itu,hentikan tabiat merokok serta bagi si isteri, jauhkan diri daripada asap rokok.
TIPS 2:
Kurangkan sterss dan tekanan perasaan. Semua sedia maklum zaman sekarang ini kita hidup dalam zaman penuh dengan cabaran. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang berkerjaya. Wanita yang mudah terdedah kepada tekanan setiap hari mampu menurunkan lagi kebarangkalian untuk hamil. Oleh itu, cuba tenangkan diri dalam sebarang keadaan dan banyakkan berzikir serta mengingati Tuhan.
TIPS 3:
Tingkatkan berat badan anda dengan makan lebih sedikit. Ya, memang betul apa yang saya katakan ini. Tapi janganlah sampai anda overweight pula ya. Hal ini kerana, bagi wanita yang terlampu kurus atau kurang berat badan, mereka akan mengalami gangguan kitaran haid yang normal.
Kesan langsungnya juga ialah hormon tidak cukup dirembeskan dan tubuh badan anda tidak ‘bersedia’ untuk hamil. Oleh itu, tidak mengapa jika berat badan anda melebihi beberapa kilo sedikit daripada normal.
TIPS 4:
Ketahui dengan jelas kitaran haid anda. Anda perlulah faham dan tahu bilakah hari-hari subur anda. Dengan itu anda boleh tingkatkan kebarangkalian untuk hamil dengan meningkatkan kekerapan hubungan seks bersama suami ketika hari subur anda.
Selain mengamalkan tips / petua yang diberi, anda juga boleh mencuba SET KESUBURAN bagi lelaki & wanita. Insyaallah segala usaha kita akan berhasil. Yang penting perbanyakkan amal kerohanian. INSYAALLAH.
Berminat untuk dapatkan supplement Shaklee? Boleh hubungi saya seperti detail dibawah.


No comments:
Post a Comment